May 14th, 2008 by AREA
Tahukah anda bahawa benteng kita dalam politik dan pentadbiran di Malaysia kini cuma institusi beraja kita? Mengapa Thailand yang telah lebih 100 tahun bertahan dengan institusi berajanya pula masih bergolak? Baik, kita bercerita berkenaan situasi Malaysia. Bagi saya, kita ceritalah apa-apapun berkenaan raja. Baik buruk mereka kita paparkan. Tapi, tahukah kita bahawa sebenarnya bukan ’seseorang’ raja itu tempat kita sandarkan keyakinan dan kepercayaan terakhir kita? Sebenarnya kita ‘mengharapkan’ institusi beraja itu sendiri dan bukannya raja atau sultan sesebuah negeri. Secara tidak langsung, apabila kita mempersoalkan seseorang raja, kita turut mempersoal institusi beraja itu secara keseluruhannya sama ada kita sedar atau tidak.
Kesimpulan saya mudah sahaja. Jangan biarkan ‘ketenteraan’ mengajar kita baru kita sedar bahawa politik atau pentadbiran kita sebenarnya goyah. Jangan pentingkan diri sendiri atau kepercayaan sesetengah pihak sahaja. Kalau hendak hidup aman di dunia ini terutamanya dalam sesebuah negara, amalkan TOLERANSI.
Semoga rakyat Malaysia terus BERSATU dan MALAYSIA AMAN SELALU.
May 2nd, 2008 by AREA
Kadang-kadang kita sakit hati memikirkan ramai manusia sekarang yang tidak tahu untung, tak mengenang budi, tak sedar diri…. Mengapa saya berkata demikian? Kita lihat isu gaji, isu sistem penyampaian oleh penjawat awam. Bila penjawat awam membawa isu gaji atau bonus atau sedikit isu kewangan, ramai pihak yang akan melenting terutamanya yang bukan penjawat awam. Mula lah kata macam-macam. Hidup ni cukup mudah prinsipnya! Cuba anda yang berkenaan gunakan kaedah ini sahaja : BAYANGKAN ANDA BERADA DI TEMPAT MEREKA seperti penjawat awam ini. KALAU TIDAK BOLEH MEMBAYANGKAN, buatlah kajian atau pemerhatian. Barulah anda boleh membuat keputusan atau BERFIKIR SECARA WARAS. Mereka bukan saja-saja timbulkan isu. Mereka pun sama MANUSIA macam anda. Mereka juga ada KELUARGA dan sanak saudara. mereka juga ada TANGGUNGAN! Anda kena ingat, mereka ini selalu anda bebankan dengan ADUAN. Dan kadang-kadang aduan dan TUDUHAN yang anda buat adalah melulu. PENING kepada mereka fikirkan semuanya.
Macam anda bagus sangat!
Macam anda bagus sangat!
Macam anda bagus sangat!
(UNTUK YANG BERKENAAN SAHAJA…..)
February 25th, 2008 by AREA
How conmen and scammers work….
Conmen/scammers come in all sorts of shape and sizes. Most conmen/scammers claim that they have something that interest you or they have a problem and need your help. Below are some of the hints (and tricks) of some of them:
- They sell product(s) that is too good to be true.
- When they approach you, they will say nice things about you e.g. about your appearance etc.
- They will keep saying good things about you throughout your communication.
- They will offer you the lowest price (up to no cost to you but with upfront payment) in the market!
- They said they will deliver their product later (say 1,2,3 days later).
- They don’t give you their address( to some extend, all their contact information are not disclosed).
- You will always forget to ask them appropriate questions that you should.
- You will forget to check about their background
- Your front desk/receiptionist/information counter(s) usually don’t record their particular.
- They don’t register at your receiption when they come to see you.
Most of the time, you won’t realise it until it was too late! (So, what’s the point of reading this? :D)